Friday 1 June 2012

Cerita Teladan...

"dengarlah anakku: aku mengatakan hal ini ketika kamu terbaring tidur. di pipimu ada bekas cakaran kecil dan di dahimu yg lebar terdapat rambut keritingmu yg basah.

scr diam-diam aku memasuki bilikmu. beberapa ketika sblm itu, aku membaca surat khabar di bilik bacaan, aku tiba-tiba didatangi oleh rasa kesal yg amat sangat. dengan perasaan bersalah tadi, aku mendekati katilmu.

dalam diriku berkecamuk fikiran : aku bertindak kasar terhadapmu, Anakku. aku membentakmu sewaktu kamu memakai pakaian utk ke sekolah krn kamu hanya mencuci muka shj. aku menghukummu krn tidak membersihkan kasutmu. aku marah-marah krn kamu menyelerakkan brg-brgmu di atas lantai.

pd waktu sarapan juga aku menemui kesalahanmu. kamu selerakkan benda2. kamu tumpahkan makananmu. kamu letakkan sikumu di atas meja. keju yg kamu sapukan diatas roti terlalu tebal. dan sewaktu kamu pergi bermaindan aku mahu pergi bekerja menaiki keretapi, kamu berpusing, melambai-lambaikan tangan dan berteriak, "selamat jalan, Ayah! dahiku berkerut, lalu menjawab, "pusingkan bahu kamu.!"

pd waktu petang kejadian itu berulang lagi. sewaktu aku sampai di jalan, aku melihat kamu sedang bermain guli sambil berlutut. sarung kakimu berlubang-lubang. aku memarahimu di hadapan teman-temanmu dan mengarahkan kamu berjalan pulang di hadapan aku. sarung kaki itu mahal-dan sekiranya kamu membelinya dengan wangmu sendiri, kamu tentu akan lebih berhati-hati! ingatlah anakku ianya pemberian ayah!

setelah itu ingatkah kamu, waktu aku sedang membaca di bilik bacan, kamu dtg ketakutan dan di matamu ada tanda-tanda kekecewaan? waktu itu aku sibuk membaca, kamu berada di muka pintu dan teragak-2. "apa yg kamu mahu?" sergah aku.

kamu tidak berkata apa2, ttp terus berlari ke arahku dan merangkulku kuat-kuat lalu mencium aku. tangan munggilmu memegangku dengan kelembutan yg diberikan tuhan di hatimu, dan ianya tidak dpt disangkal oleh mrk yg tidak mempunyai perhatian sama sekali. dan kemudia kamu pergi, berlari menaiki tangga ke tingkat atas.

seketika selepas itu, anakku, suratkhabar yg aku baca terjatuh dan tiba-tiba aku berasa amat cemas dan takut. apakah kebiasaan yg telah merasuk diri aku? kebiasaan mencari kesalahan, memaksa- inilah hadiah aku kepadamu sebagai anak lelakiku. itu bukan kerana aku tidak menyanyangimu; ttp aku terlalu mengharapkan terhadap sst pd masa muda. aku mengukur dirimu dgn ukuran aku sendiri sepertimana yg berlaku pd masa aku.

dan ada terlalu banyak yg baik dan lembut serta benar dlm perwatakannmu. hatimu walaupun kecil ternyata berjiwa besar, sebesar cakerawala. ini ternnyata ketika kamu bergegas lari dan menciumku sbgai ucapan slmat malam. malam ini hanya kamu yg aku fikirkan, anakku. aku tlh berada di tepi katilmu dlm kegelapan dan aku berlutut di situ, malu kpd diriku sendiri!

ini memang suatu penyesalan yg lemah: aku tahu kamu tidak akan mengerti ini semua sekiranya aku katakan kepadamu ketika jamu. ttp esok aku akan bersungguh2 menjadi seorang ayah! aku akan bersama dgnmu , menderita apb kamu menderita dan tertawa jika kamu tertawa. lidah aku akan kuketap jika aku ingin mengeluarkan kata2 yg kurang sabar. aku akan berkata2 seolah2 ianya satu kebiasaan:beliau hanya seorang budak lelaki-budak lelaki yg masih kecil!"

aku kuatir sekiranya telah memperlakukanmu spt seorang dewasa. namun ketika aku memandangmu, anakku, tidur meringkuk dan kelihatan letih di sebalik selimutmu, aku menyedari bahawa kamu masih anak-anak- kelmarin kamu masih digendong oleh ibumu, kepalamu di bahunya. aku telah menuntut terlalu banyak, terlalu banyak

ibu

ibu... begitu besar pengorbanannmu kepada kami engkau tidak pernah mengenal erti penat lelah tidak kenal erti jemu juga tidak pernah mengeluh dalam mendidik kami menjadi menusia yang berguna ibu... Apakah sebenarnya Terbuku dikalbumu Apakah erti linang airmata di pipimu Ucapkanlah padaku Tak bisa kurungkainya Rahsia yang kau pendam itu Aku hanya menduga Tidak mampu merasa Sebenar-benar perasaanmu Pengorbanan yang kau lakukan Untuk dewasakan ku Pengorbanan yang kau lakukan Untuk dewasakanku Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu Namun kupercaya Takkan terlerai kasih Ikatan ini takkan putus Telah kau telan lara Dan terima segala Dugaan dan badai yang melanda... Duhai ibu...

Sayang Jawi

Mesti ramai yang puas menerangkan peranan huruf hijaiyyah dalam penulisan jawi....
soalan yang biasa dilajukan oleh pelajar:
cikgu, kenapa huruf dalam iqra' ada baris?? buku Pendidikan islam tiada baris??
cikgu, kenapa tarikh dalam buku tulis jawi 123 tapi dalam bahasa arab lain??
cikgu, mana datang huruf  ݢ ڠ چ ڽ ۏ ڤ ?? dalam Iqra' tiada pun
murid pasti keliru antara matapelajaran Jawi, Al-Quran dan Bahasa Arab..betul kan??

Berikut adalah asas jawi yang perlu murid ketahui terlebih dahulu:



Selepas itu, murid perlu ketahui pula kumpulan-kumpulan huruf  yang boleh disambung atau tidak dalam penulisan jawi
Lebih seronok lagi kalau semua ustaz dan ustazah minta panitia beli carta seperti dibawah untuk memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid....



Mari Doa Sama-Sama

Doa Untuk Ibubapa

1. Berdoa seorang diri

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

2. Anda menjadi imam bagi adik beradik anda (seibu sebapa) sahaja

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa) kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanya mendidik kami pada waktu kecil.

3. Anda menjadi imam orang lain.

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) kedua ibubapa-ibubapa kami, dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.


panggilan interaksi Jun 2012

sila kli disini

Akibat dan Faktor

AKIBAT DERHAKA KEPADA IBUBAPA
  • Tidak diberkati oleh Allah SWT
  • Keluarga tidak aman
  • Mengancam keharmonian masyarakat
  • Dijanjikan azab di akhirat
  • Jiwa tidak tenteram
FAKTOR ANAK MENDERHAKA KEPADA IBUBAPA
  • Kurang didikan agama
  • Sikap pentingkan diri sendiri
  • Tiada kesedaran tentang pengorbanan ibubapa
  • Kurang perhatian ibubapa sewaktu kecil

Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu bapa

1. Menyahut panggilan ibu atau bapa
2. Anak tidak boleh memanggil kedua ibubapanya dengan panggilan nama
3. Menjaga maruah mereka
4. Menghormati rakan dan tidak memutuskan silaturrahin dengan rakan-rakan mereka
5. Apabila bercakap, anak-anak hendaklah sentiasa merendahkan suara dan bercakap dengan lemah lembut
6. Menjaga kebajikan keduanya hingga ke akhir hayat mereka
7. Anak-anak hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapa mereka di dunia dan di akhirat