Friday, 1 June 2012

ibu

ibu... begitu besar pengorbanannmu kepada kami engkau tidak pernah mengenal erti penat lelah tidak kenal erti jemu juga tidak pernah mengeluh dalam mendidik kami menjadi menusia yang berguna ibu... Apakah sebenarnya Terbuku dikalbumu Apakah erti linang airmata di pipimu Ucapkanlah padaku Tak bisa kurungkainya Rahsia yang kau pendam itu Aku hanya menduga Tidak mampu merasa Sebenar-benar perasaanmu Pengorbanan yang kau lakukan Untuk dewasakan ku Pengorbanan yang kau lakukan Untuk dewasakanku Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu Namun kupercaya Takkan terlerai kasih Ikatan ini takkan putus Telah kau telan lara Dan terima segala Dugaan dan badai yang melanda... Duhai ibu...

Sayang Jawi

Mesti ramai yang puas menerangkan peranan huruf hijaiyyah dalam penulisan jawi....
soalan yang biasa dilajukan oleh pelajar:
cikgu, kenapa huruf dalam iqra' ada baris?? buku Pendidikan islam tiada baris??
cikgu, kenapa tarikh dalam buku tulis jawi 123 tapi dalam bahasa arab lain??
cikgu, mana datang huruf  ݢ ڠ چ ڽ ۏ ڤ ?? dalam Iqra' tiada pun
murid pasti keliru antara matapelajaran Jawi, Al-Quran dan Bahasa Arab..betul kan??

Berikut adalah asas jawi yang perlu murid ketahui terlebih dahulu:



Selepas itu, murid perlu ketahui pula kumpulan-kumpulan huruf  yang boleh disambung atau tidak dalam penulisan jawi
Lebih seronok lagi kalau semua ustaz dan ustazah minta panitia beli carta seperti dibawah untuk memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid....



Mari Doa Sama-Sama

Doa Untuk Ibubapa

1. Berdoa seorang diri

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

2. Anda menjadi imam bagi adik beradik anda (seibu sebapa) sahaja

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa) kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanya mendidik kami pada waktu kecil.

3. Anda menjadi imam orang lain.

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) kedua ibubapa-ibubapa kami, dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.


panggilan interaksi Jun 2012

sila kli disini

Akibat dan Faktor

AKIBAT DERHAKA KEPADA IBUBAPA
  • Tidak diberkati oleh Allah SWT
  • Keluarga tidak aman
  • Mengancam keharmonian masyarakat
  • Dijanjikan azab di akhirat
  • Jiwa tidak tenteram
FAKTOR ANAK MENDERHAKA KEPADA IBUBAPA
  • Kurang didikan agama
  • Sikap pentingkan diri sendiri
  • Tiada kesedaran tentang pengorbanan ibubapa
  • Kurang perhatian ibubapa sewaktu kecil

Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu bapa

1. Menyahut panggilan ibu atau bapa
2. Anak tidak boleh memanggil kedua ibubapanya dengan panggilan nama
3. Menjaga maruah mereka
4. Menghormati rakan dan tidak memutuskan silaturrahin dengan rakan-rakan mereka
5. Apabila bercakap, anak-anak hendaklah sentiasa merendahkan suara dan bercakap dengan lemah lembut
6. Menjaga kebajikan keduanya hingga ke akhir hayat mereka
7. Anak-anak hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapa mereka di dunia dan di akhirat

Renung-renungkan lah...

Teringat iklan lama....zaman dulu-dulu..
iklan-iklan Petronas memang selalu memberi kesan pada penonton kan??
antaranya iklan ni....cuba tengok dan hayati mesej yang disampaikan.